JS-Kit Comments

Hendak sertai kami? Sila lah ke sini dan jika anda hendak berkongsi artikel di sini, hantarkan karya anda disini.

Berbuka Bersama Bloggers Penang...

| Posted in , |

1









Alhamdulillah,setelah perancangan demi perancangan dibuat bagi menjayakan majlis berbuka puasa bersama bloggers-bloggers penang akhirnya pada 12 September yang lalu hasrat dan hajat telah tercapai dengan jayanya, dengan usaha-usaha yang kuat dijalankan oleh  orang kuat KBP,bloggers Luth danmyfr3aktelah tercapai juga akhirnya. Semoga berkat usaha dan penat lelah mereka berdua bagi menjadikan gathering ini akan dirahmati dan diberi ganjaran setimpalnya oleh yang Maha Esa.


 

 Wifi Untuk Para Bloggers Men-Update Blog Masing-Masing Secara Live..

Walau pun kehadiran ahli-ahli bloggers Pulau Pinang tidaklah seramai mana, tapi dari ini dapat memberi serta melahirkan satu ikatan serta semangat disamping memperkuatkan lagi ukhwah sesama kami yang tidak pernah bersua muka namun kami mampu bersama berkongsi pendapat,cerita dan bergurau seolah-olah sudah lama mengenali antara satu dengan yang lain.

 Siap-Siap..Siap Leh Tukaq-Tukaq Nombot Lagi...Hehe

Ini lah salah satu impian yang saya idam-idamkan,dapat berjumpa dan menambahkan sahabat-sahabat baru supaya saya dapat menambahkan ilmu di dunia blogging yang sememangnya saya amat ketinggalan berbanding dengan sahabat-sahabat si KBP ni. Mungkin selepas ini program sambutan hari raya aidilfitri dapat dilaksanakan dengan penyertaan dari ahli KBP yang lebih ramai dan lokasi masih didalam pencarian admin KBP yang tak pernah putus-putus berusaha mengadakan gathering dan perjumpaan sesama ahli.

 Kenangan Berlatarbelakangkan Bangkok Station


Pada jam 6.30ptg saya bersama-sama admin KBP Luth,hadi dan seorang bloggers dari uitm pulau pinang sampai ke destinasi majlis berbuka puasa di Bangkok Station,jalan baru. Kelihatan rombongan Blogger Ust Baba bersama Blogger Mama Moden dan dua anak kesayangan mereka sudah berada disitu. Antara bloggers yang bersama pada hari tersebut adalah Bloggers Luth ,Hadi ,Bloggers Mamu Omara , Bloggers Ust.Baba ,Bloggers Mama Moden ,Bloggers Fazrulls , Bloggers JulietAnna & Bloggers Baby Wify.

 Antara Menu Utama...Sedap Tuuuu..


Pada jam 7mlm,kehadiran kesemua 10 bloggers KBP yang telah memberi respon positif bagi majlis berbuka  tiba dan sempatlah juga kami berkenal-kenalan semasa sendiri disamping menunggu waktu berbuka tiba. Dengan kehadiran menu hidangan yang amat menyelerakan ini,memang agak tidak sabar untuk menerkam saja juadah yang ada diatas meja pada masa itu. Disamping berbual sesame ahli,saya terpandang gelagat anak-anak kecil ust baba & mama moden yang cukup mencuit hati,terkenang zaman kanak-kanak dahulu bila mana menunggu saat-saat berbuka bersama keluarga.

 Doa Dibacakan Oleh Ust BabaSebelum Kami Bersantap...


Sedang asyik berbual,tak sedar jam ditangan sudah menunjukkan 7.21ptg menandakan sudah sampai waktu berbuka puasa bagi seluruh negeri pulau pinang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust Baba sebagai tanda kesyukuran diatas rezeki yang diberikan pada kami pada petang itu. Sambil menjamah makanan kami juga sempat mengatur bagi program raya untuk sahabat-sahabat lain di komuniti bloggers penang,mudah-mudahan untuk pertemuan aidilfitri nanti akan ada lebih lagi penyertaan dari sahabat-sahabat yang lain..insya'Allah.

Bersama Sahabat-Sahabat Bloggers Penang


Sekali lagi tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur terutama hadi yang sanggup datang dari banting semata-mata untuk bersama dengan kami.. Semoga ikatan ini akan berkekalan hingga ke akhirnya..


Artikel Berkaitan:




langgani RSS Feed "Komuniti Bloggers Penang" untuk mendapat update terkini dari "Komuniti Bloggers Penang".

Lokasi Majis Berbuka Puasa 2009

| Posted in , |

0

 OK, berikut merupakan tempat berbuka esok, 12hb September 2009

 

Alamat : 
Bangkok Station
No.1 Lorong Pj1/2 Taman Pauh Jaya
13700 Perai
 Lepas kita berbuka, bolehlah menunaikan solat maghrib di Masjid Jalan Baru. Tarawikh pun sekali.

Nama peserta :
  • Luth
  • Hadi
  • Mama Moden
  • Ustaz Baba
  • Panglima Hitam
  • Fazruls (masih dalam pengesahan)
  • Omara (masih dalam pengesahan)
  •  
langgani RSS Feed "Komuniti Bloggers Penang" untuk mendapat update terkini dari "Komuniti Bloggers Penang".

Majlis Berbuka Puasa Bloggers Penang 2009

| Posted in |

13



Salam sejahtera semua ahli Bloggers Penang, sekarang kita berada dibulan Ramadan Al - Mubarak dan kita semua telah melangkau masuk kedalam pertengahan bulan yang mulia ini. Ok, seperti sedia maklum pada tajuk diatas, kami pihak pengurusan Bloggers Penang telah bersepakat untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama seluruh ahli Bloggers Penang dan semua dijemput menghadiri majlis seperti butir - butir dibawah :

Tarikh : 12 September 2009 (Sabtu)
Masa : 630 petang (berkumpul di kedai makan)
Tempat : Jalan Baru (Berdekatan Roundabout Bukit Tengah)
Bayaran : RM 15/seorang

Oleh itu, mana - mana yang berhajat untuk memeriahkan majlis pada hari tersebut, sila komen dibawah. Tarikh tutup pengisian borang ialah pada hari Khamis, 10 September 2009 jam 10 malam. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi :





Luth : 013-4032925
Helmi : 012-5633904
Hadi : 017-4326257



Alamat, tempat makan akan diupdate kemudian. TQ 

langgani RSS Feed "Komuniti Bloggers Penang" untuk mendapat update terkini dari "Komuniti Bloggers Penang".

Kalaulah...

| Posted in |

0

Kalaulah Allah lihatkan amalan kita. Berapa banyak dosa. Berapa banyak pahala??

Kalaulah dosa itu macam batu. Berapa berat perlu kita angkat?

Kalaulah pahala itu bagai duit. Berapa banyak boleh simpan dalam akaun??

Kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa, dan syaitan ada di sebelah kita dalam wajah tersendiri.

Adakah kita akan berkawan dengan mereka? atau takut dan memusuhi mereka? atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan.. (tetap sama seperti biasa kita buat)

Kalaulah, Nabi Muhammad SAW hidup bersama kita.
Adakah kita layan baginda selayaknya sebagai seorang nabi.

Malu berbuat dosa depan mata banyak nya bertimbun-timbun.
Malu dengan syirik dan khurafat yang kita buat.
Malu sebab tinggalkan risalah baginda.
Malu bergaduh sesama Islam padahal kita dah tahu kita saudara.
Hanya sebab kuasa,ideologi dan harta.

Pada hal dah tahu tak bawak ke manapun harta berlambak sedunia!!
Pada hal dah tahu pegangan kita sama!!
Pada hal dah tahu pangkat dan jawatan tak mampu membeli ampunan dari Tuhan!!

Wallahualam...

Artikel Oleh: Akudinda
Artikel Asal: http://akudinda.blogspot.com/2009/09/kalaulah.html

langgani RSS Feed "Komuniti Bloggers Penang" untuk mendapat update terkini dari "Komuniti Bloggers Penang".

Bulan Ramadhan VS Bulan Hantu Lapar

| Posted in , , |

2

Alhamdulilah, kita dah separuh jalan didalam bulan Ramadhan! Tahniah dan kita semakin menghampiri Lailatul Qadar. Semoga kita menemukannya. (diedit oleh editor)

Semasa saya berjalan pulang ke kedai semalam, saya ternampak satu senario yang sudah lama saya tidak berikan perhatian. Kelihatan lilin-lilin merah dan colok dibakar di hadapan rumah.
"Oh, sudah masuk bulan Hantu Lapar rupa-rupanya!"
Saya sudah hampir terlupa. Maklumlah setelah memeluk Islam, saya lebih kerap meneliti kalendar kuda untuk bulan-bulan Islam, dan bukan lagi tarikh dalam kalendar Cina. Tambahan lagi, keluarga Cina saya tidak lagi meminta saya pulang untuk upacara menyembah nenek moyang pada bulan ke7.

Tatkala umat Islam bakal menyambut Ramadhan esok dan berpuasa wajib selama sebulan, penganut fahaman Buddha dan Tao pula sudah beberapa hari menyambut bulan ke7 kalendar Cina. Lebih dikenali dengan istilah 'Hungry Ghost Festival' atau perayaan hantu lapar.

"Mengapa ada bendera warna-warni di tepi jalan?"
"Oh, itu petanda sudah masuk bulan ke7 kalendar Cina. Bendera-bendera itu mewakili sponsor untuk majlis perayaan hantu lapar yang dianjurkan. Tak boleh dikelirukan dengan bendera parti politik sempena pilihanraya kecil nanti, hahahaa.."

"Mengapa orang Cina bakar lilin dan colok di luar rumah?"
"Oh, itu kerana orang Cina berfahaman Buddha dan Tao percaya bahawa bulan ke 7 mengikut kalendar Cina, pintu neraka akan terbuka dan hantu-hantu akan berkeliaran selepas senja hingga subuh. Biasanya keluarga beragama Buddha akan menyiapkan makanan untuk disembah kepada roh nenek moyang ketika ini. Ada roh orang mati yang tidak disembah oleh keluarganya maka ia akan merayau-rayau mencari makanan pada bulan ini. Hantu-hantu yang lapar ini dipercayai akan menimbulkan kacau-bilau sepanjang bulan ke7 ni."

"Oh, kira orang Cina percaya pada hantu lah?"
"Percaya tu percayalah juga tetapi hantu Cina tak ada nama, tak macam hantu Melayu yang bermacam-macam jenis. Orang Cina pantang, hantu apapun cuma diberikan nama 'kwei'. Orang fahaman Buddha dan Tao bukan setakat percaya wujudnya hantu malah hantu-hantu lapar itu akan diberi layanan khas supaya mereka tidak mengganggu orang yang masih hidup. Sebab itulah kamu akan nampak ada rumah orang Cina yang menyalakan lilin merah dan colok di depan rumah, serta buat sembahan makanan seperti kuih dan nasi."


"Untuk apa semua itu? Takkan untuk hantu lapar?"
"Benar tu. Untuk menjamu hantu-hantu lapar yang berkeliaran supaya mereka tidak masuk ke dalam rumah dan mengganggu orang yang tinggal di situ. Kadang-kadang kertas emas juga akan dibakar kerana dipercayai roh itu akan dapat menerimanya di neraka untuk digunakan di sana."

"Tahun lalu dekat rumah kami, ada orang Cina yang buat jamuan besar-besaran, macam ada daging salai, ada colok besar, mengapa ya?"
"Oh, itu biasanya untuk taukeh dan peniaga. Mereka adakan jamuan daging khinzir bakar dengan kepercayaan bahawa apabila menjamu roh nenek moyang mereka dan hantu-hantu lapar, mereka akan mendapat ganjaran dan rezeki yang lebih baik kelak. Lagipun ada yang takut bahawa roh mereka yang telah dianiayai ketika hidup akan kembali membalas dendam pada bulan ke7 ini, maka untuk mengelakkan malapetaka, lebih baik menjamu hantu-hantu ini dengan harapan yang hidup tidak akan diganggu."

"Benarkah ada hantu lapar pada bulan ini?"
"Entahlah, tapi itulah kepercayaan orang Cina yang diperturunkan zaman berzaman. Saya ingat lagi, setiap kali bulan ke7, nenek dan mak tok akan melarang kami kanak-kanak keluar rumah selepas senja, takut bertembung dengan hantu atau diikuti oleh benda itu pulang ke rumah. Langsung tak boleh pergi berkelah atau berenang. Setiap kali ada berita kemalangan pada waktu malam atau berita orang lemas, nenek akan kaitkan dengan bahaya pada bulan ke7 ini. Perkahwinan memang dilarang pada bulan ini kecuali untuk mereka yang berani."

"Tak ada kawalan ke atas hantu-hantu lapar itu pada sepanjang bulankah?"
"Ada.. itu tugas Phor Thor Kong atau Raja Neraka. Ia akan disembah kerana dipercayai akan mengawal semua hantu lapar yang dilepaskan ke dunia. Wajahnya menakutkan, hitam dan lidahnya panjang. Itu kepercayaan orang Cina berfahaman Tao tetapi kisah penganut Buddha agak berlainan."

"Ada kelainan ker?"
"Ada. Penganut Buddha percaya pada cerita seorang pengikut Buddha yang melihat ibunya yang sangat sombong dan kedekut ketika hidup, menderita menjadi hantu lapar yang tidak pernah kenyang di neraka. Beliau berusaha beribadat dan membuat amal sehingga ibunya berjaya diselamatkan daripada menjadi hantu lapar. Terharu dengan kesungguhan Mu Lian, Buddha telah membenarkan roh-roh hantu lapar untuk ke dunia mencari makanan. 15 bulan 7 hari kebesaran memperingati kejayaan Mu Lian menyelamatkan ibunya daripada terus menjadi hantu lapar."

Ironi sungguh keadaan tahun ini.
Ketika orang Islam mula berpuasa pada waktu siang kerana patuh pada suruhan Allah swt yang mewajibkan puasa ke atas semua umatNya, pada waktu yang sama ada golongan lain yang akan menjamu roh nenek moyang mereka dengan pelbagai hidangan.

Ketika orang Islam memenuhi masjid dan surau dengan ibadah solat terawih dengan tujuan mendekatkan diri pada Allah swt, orang beragama Buddha dan Tao pula akan ke panggung terbuka di kawasan-kawasan majoriti Cina untuk berhibur menyaksikan 'kotai' [konsert dan opera Cina], sambil berhati-hati meninggalkan barisan pertama di panggung itu kosong kerana itu dikhaskan untuk hantu-hantu lapar yang mahu berhibur.

Umat Islam percaya pada bulan Ramadan [22 Ogos - 20 September] segala syaitan akan dirantaikan daripada mengganggu manusia mengerjakan ibadat. Ironinya, golongan penganut Buddha dan Tao pula percaya pada bulan7 [20 Ogos - 18 September] ini hantu-hantu lapar akan berkeliaran.
Hmmm... mungkinkah makhluk tersebut hanya akan mengganggu orang kafir yang percaya pada kehadirannya saja sepanjang bulan7 tahun ini?

Umat Islam menanti-nantikan kedatangan bulan Ramadhan yang penuh berkat, dan berbelanja menyediakan pelbagai juadah bersahur dan berbuka puasa. Khemah-khemah bazaar Ramadhan sudah tentu akan didirikan di sepanjang jalan pada bulan ini.

Orang fahaman Buddha dan Tao pula menerima kedatangan bulan ke7, bulan Hantu Lapar sebagai sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Mereka berbelanja menjamu dan melayan hantu-hantu lapar dalam keadaan yang agak takut dan terpaksa. Khemah-khemah dan pentas khas juga akan didirikan di tepi jalan untuk upacara keagamaan dan kotai.

Jangan terkejut jikalau pada bulan ini, ada satu jalan yang dipasang khemah Bazaar Ramadhan dan di jalan sebelahnya pula dipasang khemah untuk menyembah Phor Thor Kong.

Kitakan rakyat Malaysia.
Inilah dunia sekarang yang kepelbagaian.
Bertuahnya kita di bumi Allah!
Semua ada. Semua peristiwa boleh dilihat dan direnung.
Semoga kita terus diberi taufik dan hidayahNya.
Semoga Ramadhan tahun ini akan lebih bermakna, lebih mendekatkan kita padaNya, mengeratkan lagi tali siratulrahim dan mengajar kita apa ertinya kita menganut Islam dan bergelar hambaNya.
Selamat bersahur, dan Selamat Berpuasa.

Pengarang: Nur Aliya Yeoh
Artikel Asal: http://pukullima.blogspot.com/2009/08/bulan-ramadhan-vs-bulan-hantu-lapar.html

Sekadar untuk berkongsi dengan semua, cik Aliya merupakan seorang mualaf (cina muslim)


langgani RSS Feed "Komuniti Bloggers Penang" untuk mendapat update terkini dari "Komuniti Bloggers Penang".

Undian: Pilih Topik Untuk Pemilihan Artikel & Tinjauan Ahli KBP

| Posted in , |

2

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua!

Seperti yang anda semua tahu, sebelum ini kami hanya memilih artikel mengikut selera editor sahaja dan memang rawak dari senarai blog dibahagian bawah. Kami ingin tahu apakah topik artikel yang sesuai untuk sajian anda semua dan untuk dikongsikan bersama. Jika topik yang anda rasa sesuai dikongsi tiada dalam senarai, isikan dibahagian "Other" . Kami sentiasa prihatin kepada kehendak anda semua!

Jika anda ada sebarang artikel yang menarik ingin dikongsikan bersama, bolehlah anda hantarkan artikel anda dengan mengisi borang ini.

Kami juga menerima sebarang pengumuman ataupun jemputan untuk dikhabarkan untuk semua ahli KBP.



Jika anda ada masa terluang, diharap anda bolehlah mengisi tinjauan ini.

Tinjauan Ahli KBP





Terima Kasih Semua!

langgani RSS Feed "Komuniti Bloggers Penang" untuk mendapat update terkini dari "Komuniti Bloggers Penang".

Once Upon A Time in Penang

| Posted in |

0














































Artikel dari: 13may
Artikel Asal: http://tigabelasmay.blogspot.com/2009/09/once-upon-time-in-penang.html


langgani RSS Feed "Komuniti Bloggers Penang" untuk mendapat update terkini dari "Komuniti Bloggers Penang".